Dimanakah kita?

Tasik yang biru, bukit hijau sejauh mata memandang. Pada 28 September 2025 yang lepas , Sham Poliklinik telah menyertai misi tulus anjuran Malaysia Medical Association (MMA), National Cancer Society dan IMU Cares dalam program menjelajah ke Kampung Orang Asli Sungai Kelubi di Rawang demi menyampaikan manfaat pemeriksaan kesihatan kepada semua penduduk yang hadir.

Sebulan sekali, para penduduk akan mendapat kemudahan kesihatan dari klinik kesihatan. Jarak  yang jauh ke klinik dan kekurangan kemudahan asas di penempatan pedalaman menghalang rawatan segera, walaupun klinik bergerak dapat membantu mengurangkan masalah ini. Penjejasan kesihatan mereka bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan pendidikan tentang amalan kesihatan, akan tetapi ianya juga disebabkan oleh perubahan gaya hidup dan alam sekitar. Kadar penyakit tidak berjangkit (NCDs) seperti diabetes, hipertensi dan penyakit berkaitan gaya hidup juga semakin meningkat.

Kami di Sham Poliklinik percaya bahawa biar di mana pun kita berada dan sesiapa sahaja kita, setiap insan berhak mendapat peluang kepada rawatan kesihatan yang berkualiti demi kesejahteraan sejagat. Kami berharap kita dapat bersama- sama mewujudkan dunia yang menjamin akses kesihatan untuk semua.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan kami yang lain, sila hubungi kami :

📞 Kajang branch : 019 – 405 9515📞 Bangi branch : 013 – 379 3031