Pada 14 Januari 2026 bersamaan 14 Rejab 1446H, pasukan Sham Poliklinik bersama AJK Masjid Sungai Ramal Luar dan Yang Berbahagia Shafie Ngah (ADUN Sungai Ramal) telah membuat lawatan ke beberapa buah rumah asnaf dan pesakit terlantar di kawasan ini.
Lawatan ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi bantuan bakul makanan dan sumbangan kewangan, kami juga memberi saringan kesihatan percuma PeKaB40 kepada para pesakit untuk meringankan beban yang ditangguni oleh mereka.
Kebanyakan para asnaf dan pesakit terlantar menghadapi kesulitan yang sama dalam kehidupan seharian mereka: beban kewangan untuk kemudahan kesihatan. Apabila kesihatan terganggu, sumber pendapatan mereka dan juga penjaga kebiasaannya akan terjejas.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Saringan kesihatan PeKaB40 yang kami tawarkan bukan sekadar saringan kesihatan percuma, ianya adalah program bantuan kerajaan yang membolehkan para pesakit ini mendapat bantuan alat perubatan sehingga RM20,000 (katil, kerusi roda, operasi mata, lutut dll), insentif rawatan kanser dan juga tambang pengangkutan ke hospital.
Kami harap niat tulus kami dalam menyalurkan perkhidmatan bermanfaat ini dapat memberi pencerahan kepada penduduk sekeliling berkenaan kepentingan jagaan kesihatan dan bantuan-bantuan yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan mereka, sekaligus mengurangkan beban yang sekian lama ditanggung.
Semoga kerjasama pasukan kami dapat berterusan demi kebaikan penduduk setempat.


Untuk maklumat lanjut berkenaan saringan kesihatan PeKaB40 dan perkhidmatan kami yang lain, sila hubungi kami :📞 Kajang branch : 019 – 405 9515
📞 Bangi branch : 013 – 379 3031