Sekali lagi telah berjayanya Program Saringan Kesihatan PeKa B40 yang dianjurkan pada Sabtu, 26 October 2025 yang lepas bertempat di Surau Desa Sri Jenaris, Kajang. Kerjasama antara pihak surau serta kolaborasi antara Sham Poliklinik Sdn Bhd dan Klinik Pusrawi Jenaris Kajang telah berjaya menarik ramai penduduk menghadiri program demi merebut manfaat percuma serta memupuk kesederan kesihatan sejagat.


Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk hadir, jangan risau—nantikan program kami yang seterusnya.
Apa itu PeKa B40?
PeKa B40 ialah program saringan kesihatan percuma khusus untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berumur 40 tahun ke atas, termasuk pasangan berdaftar. Banyak manfaat boleh dinikmati, seperti bantuan alat perubatan, insentif kesihatan, dan pelbagai sokongan lain.
Dapatkan saringan kesihatan anda bersama Sham Poliklinik hari ini!


Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
📞 Kajang branch : 019 – 405 9515📞 Bangi branch : 013 – 379 3031